Home » » Polis nafi berlaku pengeboman di Bukit Aman

Polis nafi berlaku pengeboman di Bukit Aman

Written By aku on Tuesday, 24 December 2013 | 6:07 pm


Kuala Lumpur: Polis menafikan satu kenyataan di Facebook mendakwa berlaku pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyebabkan kecederaan dan kematian pegawai serta anggota polis.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Superintendan Lai Lee Ching berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan tenang dan beroperasi seperti biasa.

Menurutnya, berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

"Perbuatan menyebarkan khabar angin ini adalah tindakan keji dan akan diambil tindakan tegas.


"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu polis," katanya.
info disebarkan oleh 1juta rakyat menyokong kepimpinan ds najib, page tersebut adalah page Klon bukan page sebenar
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger