Home » » Penumpang maut, pemandu cedera

Penumpang maut, pemandu cedera

Written By aku on Tuesday 10 December 2013 | 6:18 pm


BENTONG – Seorang maut dan seorang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian melibatkan sebuah lori jenis Hicom membawa muatan ayam dan sebuah kereta Perodua Kenari bersama seorang penumpang.

Katanya, lori dalam perjalanan dari arah Bentong ke Raub manakala Perodua Kenari dari arah Raub ke Bentong.

“Setibanya di tempat kejadian, Perodua Kenari dipercayai bertembung dengan lori.

“Akibat kejadian itu penumpang Perodua Kenari, Lai Koon Hei, 44, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Bentong manakala pemandu lori tidak mengalami  kecederaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati ketika kejadian berlaku keadaan gelap.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger