Home » » Cacat seumur hidup

Cacat seumur hidup

Written By aku on Sunday, 2 February 2014 | 10:59 am


“Sejak April tahun lalu, Tira terpaksa ‘menghuni’ wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas doktor mengesan jang­kitan pada paru-parunya. Hancur hati saya apabila dimaklumkan sebahagian paru-parunya rosak.”

Begitulah rintihan Ana Ali yang terpaksa menerima hakikat anak sulungnya Nur Aini Satirah Sari, 3, cacat seumur hidup angkara dirempuh sebuah kereta mewah Porsche Cayenne dari arah belakang di Kilometer 185.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, dua tahun lalu.

Ana, 30, berkata, hampir kering air matanya meratapi nasib Nur Aini atau Tira selepas dimaklumkan anaknya lumpuh dari bahagian ping­gang ke bawah, malah terpaksa membesar di hospital akibat perbuatan pelesit lebuh raya.

Dia juga terkilan kerana pemandu kereta itu memecut laju kenderaannya meninggalkan mereka tiga beranak bergelimpangan di atas jalan dan menahan sakit sebelum dibantu pengguna lebuh raya lain.
Ana berkata, sejak kejadian itu Tira koma tiga bulan di HTAA dan kerap mengalami demam serta mere­ngek dan lebih menyedihkan, doktor memaklumkan anak sulungnya lumpuh separuh badan kerana masalah pada tulang belakang.
--HarianMetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger