Home » » Maut lepas rantai perkahwinan diragut

Maut lepas rantai perkahwinan diragut

Written By aku on Monday, 10 February 2014 | 9:11 am


IPOH – Seorang wanita, yang dalam perjalanan mengambil ibu saudaranya di tempat kerja,  maut akibat terjatuh selepas diragut penjenayah di Jalan Hospital Slim River dekat Slim, petang kelmarin.

Mangsa, M Shemavarthini, 26, dari Taman Bukit Slim, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di wad kecemasan hospital itu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda diekori suspek yang menunggang motosikal sendirian dalam kejadian jam 4.35 petang itu.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, suspek terus menarik rantai emas bernilai lebih RM5,000. Ia adalah rantai perkahwinan," katanya, semalam.

Selepas rantainya diragut, mangsa hilang kawalan dan terjatuh. Topi keledar mangsa tertanggal dan kepalanya terhantuk pada tebing konkrit jalan.

Othman berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan pendarahan serius di otak.

Katanya, dua orang dari Batang Kali, Selangor, dikenal pasti sebagai individu yang dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan.

Mereka ialah Farizul Hezry Mohamad, 29, beralamat di Taman Genting Permai dan Shamsiah Asrik, 16, yang berasal dari kampung Sungai Masin.

Mereka yang ada maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di talian 05-4526999 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Sila Kadong di talian 019-2659641.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger