Home » » Padah cuba rogol isteri orang

Padah cuba rogol isteri orang

Written By aku on Sunday, 2 February 2014 | 10:39 am


Alor Setar – Seorang lelaki warga Bangladesh cedera di kaki kanan selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki apabila dipercayai cuba merogol isterinya di Kampung Teluk Wanjah, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari apabila lelaki berusia 40-an terbabit dikatakan merentap pakaian wanita berusia 50 tahun itu, menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan suaminya yang berada di belakang rumah.
Sumber berkata, suspek dikatakan masuk ke rumah wanita terbabit yang juga jirannya menerusi pintu depan tanpa menyedari suami mangsa berusia 60-an membelah buah kelapa di belakang rumah.

 Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dilihat mundar-mandir di depan rumah mangsa dengan berseluar panjang sebelum suspek didapati berkain pelikat.
“Lelaki berkenaan masuk ke dalam rumah lalu merentap pakaian mangsa, menyebabkan wanita itu menjerit sebelum suaminya muncul dari belakang lalu menetak kaki kanan suspek dengan parang.
“Suspek kemudian menumbuk dada suami wanita terbabit sehingga rebah sebelum melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana cubaan rogol.
Katanya, suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut, lapor Hmetro.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger