Home »
Kemalangan
» Pengalaman ngeri remaja
Pengalaman ngeri remaja
Written By aku on Sunday, 2 February 2014 | 10:49 am
KOTA BHARU – Seorang remaja mengalami pengalaman ngeri selepas menyaksikan bagaimana sepupunya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang sebelum digilis kenderaan itu dalam kejadian langgar lari di Jalan Kemumin, Kampung Panji di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku semasa Norsuhadah Fauzi, 17, ditemani mangsa, Muhammad Arif Salleh, 13, berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk ke kedai berhampiran rumah nenek mereka.
Mereka ke kedai untuk membeli tambah nilai telefon bimbit.
Norsuhadah ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, dia berjalan kaki beberapa meter di belakang mangsa di bahu kiri jalan menghala ke Panchor dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi putih dan bercermin gelap yang dipandu laju melepasinya dan tiba-tiba melanggar sepupunya.
“Saya nampak kereta itu melanggar sepupu saya di bahu jalan. Selepas dilanggar, dia digilis kereta tersebut yang terus berlalu pergi.
“Sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan kemudian memberikan bantuan dan membuat panggilan kecemasan,” katanya, lapor Kosmo.
Labels:
Kemalangan