Home » » Strategi Anwar alih perhatian rakyat

Strategi Anwar alih perhatian rakyat

Written By aku on Tuesday, 4 February 2014 | 11:12 am


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disifatkan sandiwara politik bagi mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah juga mendakwa Ketua Pembangkang itu berbohong apabila menyatakan tindakannya itu merupakan satu perancangan pakatan pembangkang.

Berikut kenyataan penuh beliau:

* Tindakan Anwar bertanding untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kajang hanyalah sandiwara politik bagi mengalih perhatian daripada kes liwat beliau. Anwar berbohong apabila menyatakan tindakan ini telah dirancang kerana rakan sekutu pakatan pembangkang dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.

* Sementara mengakui Selangor memang bermasalah, tindakan Anwar menawarkan kepemimpinan di Selangor dilihat seperti ‘ketam mengajar anaknya berjalan betul’. Anwar dibelenggu masalah moral yang cukup serius dan tiada kredibiliti menyelesaikan kemelut Selangor. Malahan campur tangan Anwar di Selangor bakal meranapkan negeri itu kerana Anwar lebih utamakan kepentingan diri daripada rakyat.

* Azmin Ali sebagai pengikut yang mempunyai ‘kepentingan bersama’ pasti menyokong setiap langkah yang dibuat Anwar. Azmin pasti akan bergayut dengan Anwar di Selangor kerana Azmin begitu lemah di negeri itu walaupun beliau Pengerusi PKR di negeri itu, hingga terpaksa menjemput orang luar membantu di Selangor.

* Apabila Anwar menang, dia akan mengatur strategi dan ketepikan mana-mana individu yang dia tidak suka untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Selangor.

* Apabila dilantik menjadi Menteri Besar, dia mula menyelinap ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger