Telan jarum peniti
Written By aku on Thursday 6 February 2014 | 8:17 pm
Jertih: Gara-gara ingin membersih sisa makanan di celah gigi menggunakan jarum peniti, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, dekat sini, menerima padah apabila dia tertelan jarum berkenaan, kelmarin.
Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli, 14, kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut oleh guru sekolah terbabit selepas tiba-tiba tidak dapat bercakap dan tiada suara.
"Secara tidak sengaja ketika mencungkil di celah gigi, saya bercakap kuat dengan rakan lalu tertelan jarum peniti.
"Ketika itu saya tidak dapat bercakap serta mengeluarkan suara dan rakan yang melihat insiden itu segera memaklumkan guru yang kemudiannya membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, semalam.
--HarianMetro
Labels:
Semasa