Home » » Video Rakyat Belanda Berbaris Sambut Ketibaan Mayat Nahas MH17

Video Rakyat Belanda Berbaris Sambut Ketibaan Mayat Nahas MH17

Written By aku on Thursday, 24 July 2014 | 5:00 pm


Kerajaan Belanda memberikan penghormatan tertinggi ketika menyambut ketibaan 40 mayat pertama mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Lapangan Terbang Eindhoven, semalam.

Penghormatan bukan sahaja dizahirkan oleh kerajaan negara itu, malahan oleh ribuan rakyatnya yang berbaris di sepanjang jalan raya yang menjadi laluan deretan panjang kereta membawa mayat sebaik tiba di negara itu.

Visual laman portal Belanda, nieuws.vtm.be turut memaparkan visual dari helikopter menunjukkan kenderaan yang membawa keranda melalui jalan-jalan raya dengan ribuan rakyat berada di tepi jalan.

Penghormatan itu turut ditunjukkan dengan penerimaan mayat dengan penuh adat istiadat penghormatan tentera dengan Raja Belanda Willem-Alexander turut hadir bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Belanda memberikan penghormatan terakhir sebegitu rupa sebagai menghormati mangsa nahas pesawat MH17 itu yang dipercayai menjadi mangsa tembakan peluru berpandu jenis BUK di sempadan Russia-Ukraine di daerah Grobovo.

Terkini, pihak pemisah pro-Russia di kawasan nahas telah pun mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 kerana mereka tersilap dengan menyangka sudah menembak satu pesawat tentera Ukraine.



Pesawat MH17 pada masa itu, sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian 17 Julai lepas.

Dalam nahas itu, 192 orang penumpang kesemuanya dari Belanda manakala 43 penumpang iaitu 15 orang anak kapal dan dua orang bayi adalah penumpang dari Malaysia.

Beberapa negara dari Eropah turut mempunyai penumpang warganegara mereka di dalam pesawat malang itu antaranya dari Belgium, United Kingdom dan Jerman.

Kesemua 298 mayat berjaya dibawa keluar daripada kawasan nahas hasil rundingan rahsia antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pemimpin Puak Pemisah Republik Rakyat Donetsk Alexander Borodai.
Hasil rundingan itu, Borodai bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam pesawat kepada pasukan penyiasat Malaysia dan membenarkan kesemua mayat dibawa keluar segera untuk dilakukan proses pengecaman dan forensik. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger