Home » » Suami isteri ditahan sebar maklumat palsu banjir

Suami isteri ditahan sebar maklumat palsu banjir

Written By aku on Sunday 11 January 2015 | 5:15 pm


KOTA BHARU  - Polis menahan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Pasangan berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam oleh anggota Jabatan Siastaan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu dikatakan menyebarkan maklumat palsu yang menyatakan sukarelawan menemui banyak mayat bergelimpangan di dalam rumah selepas air banjir surut.
Tambahnya, kedua suspek ditahan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998, lapor Utusan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger