Home » » HADI AWANG PRESIDEN PAS SUDAH TAWAR HATI

HADI AWANG PRESIDEN PAS SUDAH TAWAR HATI

Written By aku on Tuesday 26 May 2015 | 9:00 pm


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR).

Lim berkata, pendapat itu diluahkannya berdasarkan kecenderungan Hadi terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baruini.

"Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.

"Hadi membuktikan walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno," kata Lim seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bapanya, veteran DAP Lim Kit Siang yang meramalkan PR akan hanya bertahan selama 2 minggu saja.
Walaupun bersetuju dengan ramalan bapanya, Lim bagaimanapun menjangka perpecahan tersebut akan mengambil masa yang lebih lama. – sumber
Dalam masa yang sama, portal melaporkan bahawa PAS mahu ditamatkan tuduhan bahawa ia akan mengkhianati Pakatan Pembangkang dan masih berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Ini ekoran kenyataan Lim Kit Siang DAP bahawa Pakatan boleh mati dalam masa dua minggu jika mereka yang mahukan kerajaan perpaduan, menang dalam pemilihan PAS.

Abdul Hadi juga dilabelkan sebagai menikam Pakatan Pembangkang dari belakang dan perosak Pakatan Pembangkang. Apa lagi penghinaan selepas ini?

Rakyat sebenarnya sudah mual dengan sarkas politik di antara PAS dan DAP yang dilihat memperbodoh-bodohkan penyokong masing-masing dengan adegan tarik tali yang lebih kepada acah mengacah sahaja. Adegan kronik ini sudah seperti drama murahan recycle yang tidak ada kesudahannya. Sebelum ini, DAP terus menerus telah menghina Presiden PAS : BACA SINI

Dalam masa yang sama, skandal projek super mega billion ringgit wang rakyat ini masih belum di jawab lagi ! BACA SINI
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger