Home » » 485 ditahan dalam Ops Bersepadu

485 ditahan dalam Ops Bersepadu

Written By aku on Monday 29 June 2015 | 11:29 pm

Tengku Zaihan ketika membakar salah satu sarang penagih di Kampung Layout Tok Saboh, Kuala Besut.

BESUT -  Seramai 485 orang telah ditangkap dalam Operasi Bersepadu membabitkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai AADK Besut, Normayati Mat Nawi berkata, daripada jumlah itu seramai 280 didapati positif  dadah dan selebihnya dibebaskan dalam operasi bermula Januari hingga Mei lalu termasuk 44 orang yang ditahan dalam satu operasi oleh AADK Besut di Kuala Terengganu.

Menurutnya,  kejayaan tangkapan itu hasil 38 operasi yang dilakukan pihak polis dan juga operasi bersama antara polis dan AADK melalui Ops Sarang dan Ops Warang  Tangkap.

“Daripada jumlah 280 kes positif dadah itu sebanyak 47 orang tindakan dilakukan oleh pihak polis manakala 233 orang tindakan oleh AADK. Kejayaan ini hasil kerjasama baik antara AADK Besut dengan Pasukan Khas Spider Narkotik dari IPD Besut,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Sambutan Hati Antidadah Antarabangsa (Hada) yang disambut serentak di seluruh negara dan dunia pada hari ini.

Normayati berkata, sempena sambutan Hada beberapa  kempen dan program pencegahan dadah dilakukan pihaknya seperti majlis bacaan Yassin membabitkan kakitangan AADK dan pelanggan (penagih yang sedang menjalani rawatan), mengedarkan risalah pencegahan dan menaikkan kain rentang di lokasi tumpuan.

Dalam perkembangan lain, Normayati berkata, program memusnahkan sarang penagih dalam Program My Beautiful di daerah ini turut menyumbang kepada usaha pencegahan penagihan dadah.

Menurutnya, bermula April lalu sebanyak tujuh program My Beautiful dilaksanakan membabitkan kerjasama wakil rakyat setempat, pemimpin masyarakat, polis, Rela dan beberapa agensi lain.

“Lebih tujuh sarang penagih berjaya dimusnahkan dalam program tersebut dan pihaknya sentiasa memantau agar sarang penagihan tersebut tidak beroperasi atau aktif kembali,” katanya.

Normayati berkata, kawasan yang dipilih untuk melaksanakan program My Beautiful ialah Kampung Tok Saboh dan Kampung Tengah di Kuala Besut, Kampung Limbongan (Kampung Raja), Belakang Gudang (Jertih) serta di Felda Tenang di Hulu Besut.



 Promosi Astro Sempena Ramadhan & Aidilfitri 2015
meriahkan susana aidilfitri anda pada tahun ini dengan rancangan rancangan menarik dari astro khas untuk anda sekeluarga, dengan bulanan serendah RM42,35 Sen termasuk GST keluarga anda akan terhibur dengan pelbagai program menarik dari astro di bawakan khas untuk anda sepanjang ramadhan dan aidilfitri ini..
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO RM50( BULANAN SERENDAH RM42.35 SAHAJA )
SELURUH MALAYSIA
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM42.35 Sahaja )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
# pemasangan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger