Home » » Nik Abduh menang Ketua Pemuda PAS

Nik Abduh menang Ketua Pemuda PAS

Written By aku on Wednesday 3 June 2015 | 10:44 pm


Shah Alam – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menepati ramalan apabila berjaya merampas kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia daripada bekas penyandangnya, Suhaizan Kayat.
Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas mengalahkan Suhaizan dengan 429 undi berbalas 268 dengan majoriti 161 undi.
Kemenangan Nik Mohamad Abduh bagaimanapun telah dijangka apabila ramai perwakilan pemuda secara agresif menunjukkan keinginan mahu menukar pimpinan sayap itu yang sebelum ini diketuai oleh Suhaizan.
Suhaizan sebelum ini menerajui tampuk pimpinan pemuda selama 18 bulan dan menggunakan pendekatan ‘Politik Budiman’ selain sering dikaitkan dengan golongan profesional dalam parti itu.
Sementara itu penyandang Timbalan Ketua, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahankan kerusi itu daripada dirampas oleh Raja Ahmad Iskandar Raya Yaacob.
Raja Ahmad Iskandar yang merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak tewas dengan 257 undi berbanding 435 daripada 735 perwakilan yang membuang undi hari itu.
Bagi jawatan Naib Ketua, Khairil Nizam Khirudin menang 458 undi dengan majoriti 223 mengalahkan Nor Azman Mohamad yang hanya mendapat 235 undi, lapor The Rakyat Post.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger