Home » » PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu

PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu

Written By aku on Thursday 10 September 2015 | 12:01 am


KUALA TERENGGANU: PAS  tidak menolak kemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang dirancang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,  16 September ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya akan menilai dahulu tujuan dan matlamat penganjuran perhimpunan berkenaan.



Menurutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti.

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambilkira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya...kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," kata Hadi di sini, hari ini.

Menurutnya, PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana menganggap ia tidak wajar kerana diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Mengulas mengenai tindakan peserta yang memijak gambarnya pada perhimpunan Bersih 4 baru baru ini, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang.
"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak."
http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-tidak-tolak-kemungkinan-sertai-himpunan-melayu-bersatu-72614
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger