Home » » Azan Kata PAS “Dok Rok Cetonggg” Sebab Dia Sahaja Pertahan Tanah Rezab Melayu

Azan Kata PAS “Dok Rok Cetonggg” Sebab Dia Sahaja Pertahan Tanah Rezab Melayu

Written By aku on Friday 20 November 2015 | 3:35 am


Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) tunggal Terengganu Azan Ismail pada minggu lalu telah membuat tuduhan yang melulu dan berbau FITNAH berkaitan tanah rezab melayu di  Terengganu bakal dimiliki UMNO Terengganu yang mana telah dibahaskan dalam Sidang Dewan Undang Negeri mei yang lalu .

Katanya, Kerajaan negeri Terengganu meminda dan mewartakan perubahan undang-undang Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri ini yang membolehkan UMNO negeri Terengganu mengambil alih pemilikan ke atas tanah rizab Melayu dibeberapa kawasan didalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Menurut Azan, pindaan itu dibentangkan pada bulan Mei tahun ini dan diwartakan dua bulan lalu dan beliau berkata demikian semasa ceramah pembukaan pejabat Parti Amanah Negara(PAN) di Wakaf Dua, Marang.

Terengganu Times telah menghubungi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu Johari Abu Bakar bagi mendapat penjelasan daripada beliau  yang mana semasa Sidang DUN itu berlangsung beliau yang turut sama berada dalam dewan ketika itu.

Menurut Johari, mana mungkin semasa pembentangan itu dibuat didalam siding dun dan cadangan untuk menukar tanah rezab melayu itu diatas nama UMNO itu tidak mendapat tentangan dari wakil rakyat PAS.

“kalu kite pikir dengan waras dan secara logik akal… dalam dewan itu ada ADUN Pas seramai 14 orang… dan dibentang oleh MB nok tukor TANAH REZAB MELAYU atas nama UMNO… Azan ingat Adun PAS nok lokkk saje ke? Ke guane?..”

“mesti Adun PAS yang pertama sekali membangkang dengan cadangan yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu..”

“kalu nok bodoo kan rakyat tu.. agok-agoklah..jangan sampai rakyat  pulop yang tengok mung(Azan) tu bodoo dengan kenyataan yang dok masuk akal..”

“dia ingat PAS senang-senang nok beri kelulusan cadangan itu yang mana dibentangkan oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Bandan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu”, katanya.

Sehubungan dengan itu Johari berkata, selama ini UMNO sahaja yang mempertahankan HAK Melayu dan Kebajikan melayu sejak dari dulu lagi sehingga sekarang terutamanya di Terengganu ini.

“Azan di Terengganu baru 2 tahun lebih menjadi adun N14 Bandar dan apa yang dibuat sepanjang menjadi adun… dan dari sumber yang kita dapat, pejabatnya sentiasa tutup selama dua tahun ini”

“selama hari ini hanya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang menjaga HAK dan Keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera dan perlembagaan dibuat pun kerana menjaga hak-hak Melayu dan Islam dinegara ini”’ tambahnya.

Pada pemikiran Terengganu Times, yang sebenarnya Azan hendak menyatakan bahawa 14 wakil rakyat PAS dan seluruh kepimpinan PAS Terengganu  yang ada sekarang ini tidak boleh diharap (dok rok cetongg) dan hanya dia sahaja yang sorang klek-klek mempertahankan hak orang melayu Terengganu.
http://terengganutimes.com/azan-kata-pas-dok-rok-cetonggg-sebab-dia-sahaja-pertahan-tanah-rezab-melayu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger