Home » » Terengganu agih RM1.3j kepada murid cemerlang UPSR

Terengganu agih RM1.3j kepada murid cemerlang UPSR

Written By aku on Thursday 19 November 2015 | 8:25 pm


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan mengagihkan sebanyak RM1.3 juta kepada 2,558 murid yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dalam satu majlis khas, Ahad ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, insentif khas itu adalah bagi menghargai usaha murid cemerlang itu agar mereka lebih bermotivasi dalam mengekalkan pencapaian akademik yang unggul pada masa akan datang.

"Kesemua mereka akan menerima RM500 yang diberi dalam bentuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) pada majlis yang akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak itu nanti.  

"Selain itu, sekolah cemerlang akan turut mendapat insentif khas untuk menghargai komitmen mereka selama ini," katanya namun enggan mendedahkan insentif yang bakal diterima sekolah cemerlang itu nanti.

Sejumlah 2,558 dari 20,121 calon UPSR di Terengganu berjaya meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini iaitu pencapaian sebanyak 12.70 peratus dan ia meningkat berbanding 12.10 peratus pada tahun lepas.

Pencapaian UPSR pada tahun ini juga menunjukkan keputusan lebih baik berbanding tahun lepas dari segi kuantiti dan kualiti yang mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun lepas.

"Ahmad Razif berkata kerajaan negeri sentiasa fokus terhadap aspek pendidikan anak Terengganu dan sanggup mengeluarkan peruntukan yang besar dalam memastikan murid Terengganu mendapat kemudahan terbaik dalam pembelajaran mereka," katanya.

Insentif khas RM500 dalam bentuk SSPN-I itu pertama kali diperkenalkan beliau ketika keputusan cemerlang diperoleh calon UPSR pada tahun 2014 dan insentif khas itu diteruskan pada tahun ini berikutan kecemerlangan diperoleh murid Tahun Enam 2015. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger