Home » » Daftar segera supaya tidak tercicir

Daftar segera supaya tidak tercicir

Written By aku on Sunday 22 November 2015 | 12:49 pm


JERTEH - Kerajaan negeri menyeru ibu bapa mendaftar nama anak-anak mereka yang bakal melangkah ke alam persekolahan lebih awal agar tidak tercicir daripada menerima Bantuan Persekolahan Sesi 2016 nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu, Datuk Muhamad Pehimi Yusof berkata, pendaftaran berkenaan boleh dibuat secara dalam talian.

Menurutnya, ibu bapa boleh ke> SINI  > BORANG DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN < untuk mengisi borang, kemudian cetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Sekiranya terdapat masalah berhubung permohonan, ibu bapa boleh merujuk kepada JKKK atau Pejabat Penyelaras Dun masing-masing kerana pihak berkenaan sedia membantu mereka.

"Mereka yang tidak pernah memohon atau tidak layak menerima bantuan persekolahan sebelum ini, juga boleh berbuat demikian. Tarikh tutup untuk permohonan dalam talian ditetapkan pada 30 November ini, manakala melalui JKKK atau Pejabat Penyelaras Dun pada 7 Disember," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek berjumlah RM25,000 daripada Umno Dun Jertih kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja, Jertih, di sini, yang muncul sekolah terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Besut dan Dun Jertih.

Dalam pada itu, Muhamad Pehimi turut memaklumkan, kerajaan negeri menjangkakan akan mengagih bantuan persekolahan lebih awal kali ini, iaitu sebelum sesi persekolahan 2016 bermula.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan bantuan wang tunai RM100 bagi setiap anak bersekolah dengan had maksimum dua pelajar (anak) bagi setiap keluarga.

Bercakap mengenai anugerah untuk SK Tok Raja, beliau berkata, ia merupakan insentif dan penghargaan atas komitmen warga sekolah itu memastikan kecemerlangan UPSR.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger