Home » » DAP berhak untuk kritik kami - ADUN PAS

DAP berhak untuk kritik kami - ADUN PAS

Written By aku on Wednesday 11 November 2015 | 7:59 pm


SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor berpendapat DAP berhak untuk mengkritik parti Islam itu namun ia belum tentu dapat mempengaruhi sokongan rakyat.

Malah bagi dua ADUN PAS di Selangor, parti mereka akan terus komited dalam perjuangan mereka menegakkan syiar Islam.

ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata sebaik sahaja tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara kedua-dua parti itu tamat, mereka bukan lagi rakan yang sefahaman dalam perjuangan politik.

"Jadi, DAP berhak untuk komen tentang PAS dan kami juga boleh beri reaksi," kata beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bagi ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali pula, PAS sudah lama mengamalkan polisi terbuka dalam menerima kritikan.

"Kritikan itu, jika benar, akan diberi penilaian sewajarnya oleh pimpinan parti.

"Namun, jika kami rasakan ia (kritikan) tidak benar, kami anggap ia sebahagian daripada proses politik," kata beliau.
Zaidy dan Dr Halimah berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut antara dua parti itu di Selangor serta sikap DAP yang sehingga hari ini dilihat sering mengkritik PAS biarpun kerjasama kedua parti sudah ditamatkan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger