Home » » Lagi-Lagi “Ugutan Bunuh” Pas kepada ahli Pakatan Harapan

Lagi-Lagi “Ugutan Bunuh” Pas kepada ahli Pakatan Harapan

Written By aku on Wednesday 11 November 2015 | 7:41 pm

Othman menunjukkan gambar mesej whatapps yang mengandungi Perkataan ugutan Bunuh kepada Media hari ini.

Pengerusi Kelab Himpunan Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung  “ Ugutan Bunuh” dari seorang ahli Pas.

Menurutnya  kenyataan ugutan bunuh tersebut berbunyi “Cikgu Man telah Murtad , anda wajib dibunuh” yang di tulis oleh sipelaku ,menerusi mesej whatapps.

“Sebelum ini saya  telah menerima pelbagai ugutan seperti akan dicederakan , akan serang dan juga ugutan bunuh serta dihantar gambar –gambar seperti peluru dan pistol tetapi saya tidak hiraukan’

“Atas nasihat kawan-kawan saya datang membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarga”

“saya harus berwaspada dan berhati-hati setiap masa bila hendak kemana-mana” katanya kepada media setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Terengganu.
Dalam pada itu Othman juga memberitahu bahawa sipelaku merupakan seorang ahli Pas yang mempunyai tauliah mengajar Di Pejabat Agama Islam Selangor.

“ugutan ini telah lama saya terima semenjak kancah pilihanraya ke -13 disebabkan saya membantah kedurjanaan Pas menindang kerusi PKR di negeri Terengganu”ujarnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger