Home » » DUA MURID MATI LEMAS DALAM PERIGI DI BESUT

DUA MURID MATI LEMAS DALAM PERIGI DI BESUT

Written By aku on Thursday 26 November 2015 | 11:22 pm


Jertih: Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun ditemui mati lemas dalam sebuah perigi lama di Kampung Alur Keladi, dekat sini, kira-kira 5.30 petang tadi.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Hakim Syahrul Azman, 7, dan Mohammad Nabil Nuriman, 9, dipercayai terjatuh ke dalam perigi berkenaan ketika bermain dalam kebun kelapa sawit.
Mangsa dikatakan ke kawasan itu tanpa diketahui ibu bapa dan dipercayai tergelincir ke dalam perigi lama yang dipenuhi air berikutan musim hujan.
Mereka ditemui terapung di permukaan air dalam perigi oleh seorang penduduk yang kebetulan lalu di situ sebelum memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa yang kemudiannya bergegas ke lokasi serta mengejarkannya ke Unit Kecemasan Hospital Besut tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96043#sthash.9NJk3xHK.dpuf
 DUA MURID MATI LEMAS DI BESUT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dukacita dimaklumkan bahawa Adik Mohd Nabil murid PPKI dari Sk Alor Keladi Skak dan Mohd Amirul Hakim dari SK Kampung Nangka kembali ke Rahmatullah pukul 6.30 ptg tadi akibat lemas. Jenazah masih berada di Hospital Besut. Marilah sama-sama kita doakan semuga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah...
Berikut butiran Kejadian Mati Lemas :-
Untuk makluman KPB, T/KPB & SEMUA ANGGOTA BALAI POLIS JERTEH ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
Jth rpt : 5048/15
Kes: Mati Lemas Jatuh Telaga.
Tmpt Kejadian : Kg.Alor Belanga
Jerteh,Trg.
Kejadian: 26/11/15 @ 1730hrs
Mangsa : 2 budak lelaki
1. Mohd Nabil Nuriman bin
Mohd. Lazim.
Umur : 9 thn.(OKU)
Pelajar Sk Alor Keladi,
Jerteh.
2. Mohd Amirul Hakim bin
Syahrul Azman
Umur : 7 thn
pelajar Sk Kg.Nangka,
Besut.
Terima kasih.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger