Home » » Kos buat cecair vape cuma RM4 sahaja, pengusaha cecair vape raih untung berlipat ganda!

Kos buat cecair vape cuma RM4 sahaja, pengusaha cecair vape raih untung berlipat ganda!

Written By aku on Saturday 21 November 2015 | 1:38 pm


Hanya bermodalkan serendah RM4, pengusaha cecair vape boleh mengaut keuntungan berlipat ganda dan hanya memerlukan 15 minit untuk memproses cecair perisa yang kini menjadi kegilaan penggemar vape.

Menurut seorang tukang bancuh atau ‘brewer’ yang enggan dikenali, dia mula menjadi ‘saintis’ memproses cecair vape sejak akhir tahun lalu di ‘makmal’ di rumahnya dengan hanya bermodalkan RM300.

“Saya mempunyai ‘makmal’ membancuh dan memproses perisa dan hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit saja untuk proses penyediaan. Saya belajar daripada laman web YouTube.

“Tambahan pula, bahan memproses perisa vape ini sangat mudah didapati seperti di kedai pembekal barangan kek, farmasi dan kilang,” katanya.

Menurutnya, kualiti perisa bergantung kepada jenis dan jenama perisa yang digunakan untuk menghasilkan perisa vape yang terbaik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Sumber: Harian Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger