Home » » Penduduk Kampung Pak Keral terkejut jumpa serpihan tulang manusia

Penduduk Kampung Pak Keral terkejut jumpa serpihan tulang manusia

Written By aku on Wednesday 18 November 2015 | 8:25 am


TUMPAT: Penduduk Kampung Pak Keral, Pengkalan Kubur di sini dikejutkan dengan penemuan beberapa serpihan tulang dipercayai rangka manusia ketika kerja pembersihan dilakukan di tali air, kampung berkenaan.

Seorang penduduk Fauzi Abdullah, 40, berkata pada mulanya penduduk menyangka serpihan yang dijumpai itu adalah serpihan tulang haiwan, namun selepas mengamatinya ia kelihatan seperti tangan manusia.

"Dah dua hari ada kerja-kerja pembersihan dilakukan di tali air ini, tapi pada petang semalam, penduduk terlihat ada serpihan tulang terangkat ketika jengkaut gali tali air ini.

"Apa yang mencurigakan penduduk apabila melihat pakaian wanita seperti korset berdekatan tulang berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata serpihan tulang itu tertimbus dalam lumpur di dalam tali air berkenaan, ditemui penduduk kampung kira-kira 7 petang semalam.

"Kami masih membuat siasatan berhubung penemuan serpihan tulang berkenaan dan pasukan forensik telah dikerahkan ke tempat kejadian.
"Kita akan tunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya selepas menghadiri Sesi Taklimat Persiapan Banjir Kuala Krai yang disampaikan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger