Home » » ‘Terlalu awal kaitkan rangka itu adik saya’

‘Terlalu awal kaitkan rangka itu adik saya’

Written By aku on Wednesday 18 November 2015 | 8:14 am


TUMPAT - “Kami tunggu  keputusan ujian DNA dulu, masih terlalu awal kaitkan rangka yang ditemui di Pak Keral itu adalah adik saya,” kata Nurul Huda Ibrahim, 20.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, penduduk Kampung Pak Keral di sini gempar apabila menemui serpihan tulang dipercayai rangka manusia berhampiran dengan tali air di kampung tersebut.

Nurul Huda merupakan kakak kepada Nur Zazila Ibrahim, 12, yang dilaporkan hilang pada Jun 2013, dilarikan seorangwanita berperwatakan lelaki ( tomboy) yang dikenali dengan nama Along.

Mangsa didakwa dilarikan Along selepas menumpang tinggal  beberapa hari di rumahnya di Kampung Jejulok, Pengkalan Kubor.

Turut lesap motosikal jenis EX5 berwarna merah bernombor pendaftaran DBV5347 dinaiki individu  itu pada malam kehilangan mereka berdua.

Nurul Huda berkata,  orang ramai kaitkan penemuan rangka itu adalah adiknya kerana motosikal  yang dilarikan ditemui di dasar tali air selepas tersangkut pada jala ketika penduduk kampung menjala di situ.

“Polis ada panggil saya untuk membuat pengecaman  pada Ogos lalu di Balai Polis Pengkalan Kubor berhubung penemuan motosikal itu.

“Memang benar itu  motosikal keluarga saya yang dilarikan,” katanya.

Nurul Huda berkata, sekarang ini bermacam-macam cerita tersebar mengenai penemuan rangka itu apabila ada yang mengatakan itu rangka tomboy dan ada juga yang kaitkan itu adalah rangka adiknya.

“Mungkin  lokasi rangka dan motosikal ditemui  berdekatan, hanya dipisahkan dengan pintu air sahaja, sebab tu tersebar berita macam itu,” katanya.

Bagi mengesahkan identiti rangka itu, Nurul memberitahu, darah ibunya, Rokiah Awang, 46 telah diambil untuk dilakukan ujian DNA di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Kami  berdebar menunggu keputusan ujian DNA itu, bertahun kami tunggu kepulangan Nur Zalila, jika benar itu rangka adik saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger