Home » » Undi Tolak Bajet Gagal, Mereka Ini Patut Pencen Sahaja Dari Arena Politik – Rosnah

Undi Tolak Bajet Gagal, Mereka Ini Patut Pencen Sahaja Dari Arena Politik – Rosnah

Written By aku on Wednesday 18 November 2015 | 8:41 am


KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Tidak berjaya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan disebabkan usul yang dibawa oleh mereka telah ditolak oleh majoriti ahli dewan. Justeru itu, jika dirasakan diri itu seorang yang bertanggungjawab, silalah letak jawatan atas kegagalan itu atau lebih tepat, pencen sahaja dari arena politik”, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurutnya, itulah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ini, baik Lim Kit Siang mahupun Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Ketua Pembangkang dan juga mana-mana pihak yang menyokong usul tolak Bajet 2016.

“Pokoknya akan berlakukah perkara sedemikian? Sudah pasti tidak kerana pembangkang hanya pandai bermain kata-kata tetapi tidak berani mengambil risiko apabila melibatkan diri sendiri.

“Hanya berani mencabar orang lain, teRosnah Shirlintapi apabila melibatkan diri sendiri? Diam membisu seribu bahasa atau hanya pandai mencari alasan demi alasan?, soalnya lagi.

Sebenarnya, mereka ini tahu dengan kekurangan undi dari blok pembangkang, ditambah pula dengan perpecahan yang berlaku antara mereka sudah pasti usul itu tidak akan berjaya dan sebab itu tanpa rasa malu juga mahu ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut menyokong mereka, kata Rosnah.

“Tetapi disebabkan memang sikap pembangkang ini yang suka menimbulkan sesuatu perkara yang mampu memberi ‘mileage’ politik semata-mata dan kononnya prihatin atas nama rakyat, mereka akan lakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai”, tambah Timbalan Menteri Kerja Raya itu lagi kepada UMNO-Online.

Semalam, seramai 128 anggota parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan berikutnya, berbanding 74 yang menolak melalui undian belah bahagian.

“Undi belah bahagi itu juga menunjukkan betapa Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengamalkan sikap berjiwa besar yang tidak menyekat usul yang dibentangkan oleh blok parti pembangkang,” kata ahli Parlimen Papar itu lagi.

Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 yang memperuntukkan sejumlah RM267.22 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan semata-mata untuk kemakmuran dan kepentingan rakyat bagi tahun hadapan di Dewan Rakyat.

Turut hadir semasa pengundian itu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Media UMNO.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger