Home » » Dana Raya, Bakti Remaja Umpama ‘Makanan Ayam’ , Kata Pesuruhjaya PAS Terengganu

Dana Raya, Bakti Remaja Umpama ‘Makanan Ayam’ , Kata Pesuruhjaya PAS Terengganu

Written By aku on Thursday 3 December 2015 | 2:44 pm


ADUN Paka, Saiful Bahri Mamat mengumpamakan langkah kerajaan negeri memberi bantuan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja kepada rakyat negeri ini sejak tahun 2005 sebagai ‘makanan ayam’.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu menyifatkan bantuan tersebut suatu pembaziran dan ia tidak perlu diutamakan dalam pengisian Bajet 2016 yang dibentangkan Menteri Besar, Isnin lalu.

“Ni (Dana Bakti Remaja) untuk orang yang muda, sihat. (tidak perlu bantuan). Kadang kala kita rasa ada benda yang perlu diutamakan. Sedangkan dana itu sebenarnya dana politik. Nok wi (hendak bagi) makan ayam tangan ni.

“Tapi untuk raya ni (Dana Raya), kalau tak bagi pun, kita pun raya juga,” katanya ketika ditemui media pada Sidang DUN Terengganu, hari ini.

Dalam pembetangan Bajet 2016, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta untuk bantuan Dana Raya yang bakal memberi manfaat kepada 200,000 keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Manakala, bajet RM22 juta lagi bakal dimanfaatkan oleh kira-kira 100,000 belia bujang menerusi program Dana Bakti Remaja.

Agihan Dana Raya melibatkan kategori keluarga miskin yang akan menerima RM400. Empat lagi kategori iaitu warga emas, Orang Kelainan Upaya, orang bujang berusia lebih 40 tahun dan ibu atau bapa tunggal menerima dana sebanyak RM300.

Sebelum itu, Saiful Bahri mencadangkan supaya kerajaan negeri menghapuskan bantuan tersebut.
BACA JUGA - Sidang DUN : PAS Mohon Kerajaan Terengganu Hapuskan Dana Raya, Bakti Remaja

--sumber
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger