Home » » Ditemui terbaring atas jalan

Ditemui terbaring atas jalan

Written By aku on Thursday 3 December 2015 | 12:39 pm


SETIU - “Kami sekeluarga sangka ayah tak dapat pulang disebabkan motosikal rosak, tambah dia tidak bawa telefon bimbit sewaktu keluar rumah sekitar jam 3 petang semalam (kelmarin). Rupanya dia telah tiada.”

Demikian kata Norzila Zakaria, 43, anak kepada Zakaria Mohd, 73, yang ditemui meninggal dunia oleh seorang penduduk, Hashim Abdullah Sani, 45, di sebatang jalan di kawasan Kerong, Pelong, Sungai Tong, Setiu, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, Hashim yang ketika itu dalam perjalanan ke kebun, ternampak mangsa terbaring tidak jauh dari motosikalnya dan kemudian memaklumkan kepada penduduk lain mengenai penemuan itu.

Norzila berkata, ayahnya itu biasa keluar bersiar-siar pada waktu petang dengan menunggang motosikal bagi mengisi masa lapang kerana hanya tinggal berdua dengan ibunya, Indon Mat Zin, 60.

Bagaimanapun katanya, lazimnya ayahnya itu akan pulang sebelum Maghrib.

“Memang ayah akan keluar meronda setiap petang dan biasanya dia bawa telefon bimbit. Tetapi semalam (kelmarin), dia tidak berbuat demikian. Bila dapat tahu ayah belum pulang walaupun jam 8 malam, kami sekeluarga mula risau, tapi kami hanya beranggapan mungkin motosikal rosak. 

"Kami berusaha cari sehingga ke kawasan kampung sekitar, selain turut buat laporan di Balai Polis Kuala Berang pada jam 8.30 malam. Tidak sangka kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), kami dapat panggilan telefon memaklumkan ada penduduk jumpa ayah terbaring atas jalan ketika mahu ke kebun," katanya, semalam.

Norzila berkata, walaupun menerima berita mengejutkan, namun dia sekeluarga reda. 

Menurutnya, Zakaria yang menghidap penyakit lelah, sering menerima rawatan di hospital dan kadangkala perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Katanya lagi, kali terakhir dia berjumpa arwah ketika pulang ke rumah ibu bapanya itu pada petang Isnin lalu dan sempat berbual serta minum bersama, namun tiada sebarang perubahan dilihat pada ayahnya itu.

“Saya tinggal berasingan, tetapi tidak jauh dari rumah ayah dan masih di kampung sama. Petang Isnin lalu, saya ada datang ke sini, keadaan ayah macam biasa, tidak nampak alami masalah kesihatan.

“Apa pun kami sekeluarga reda dengan kejadian ini. Jenazah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teris selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger