Home » » Terengganu haramkan vape

Terengganu haramkan vape

Written By aku on Wednesday 30 December 2015 | 3:43 pm


KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini. Mufti negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda, berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang hampir enam jam semalam, bersetuju sebulat suara penggunaan vape adalah haram pada pandangan Islam berasaskan dalil serta hujah daripada al-Quran dan hadis. Beliau berkata, penggunaan vape bukan hanya mendatangkan mudarat kesihatan, malah ia mengundang pembaziran ketika umat Islam perlu mengukuhkan ekonomi di zaman serba mencabar ini. "Jabatan Mufti negeri sedih dengan perkembangan penggunaan kedua-dua jenis rokok baharu ini apabila ia semakin berluasa sehingga membabitkan bukan setakat orang dewasa, malah remaja, kanak-kanak dan wanita. "Penggunaan vape juga merendahkan moral dari sudut lahiriah penggunanya," katanya kepada BH ketika dihubungi, hari ini. Dr Zulkifly berkata, keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri juga selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebelum ini memutuskan penggunaan vape adalah haram.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109593
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger