Home » » Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 50 peratus

Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 50 peratus

Written By aku on Wednesday 30 December 2015 | 12:44 am


RIYADH: Arab Saudi menaikkan harga petrol sehingga lebih 50 peratus mulai hari ini susulan pemotongan subsidi selepas negara itu mencatatkan belanjawan defisit.
Kenaikan harga juga membabitkan tarif elektrik, air, diesel dan minyak tanah selepas Kabinet diketuai Raja Salman memutuskan pengurusan subsidi ke atas bahan berkenaan, lapor agensi berita SPA hari ini.
Kabinet memutuskan harga petrol gred tinggi naik 0.90 Riyal (AS$0.24) seliter berbanding 0.60 Riyal sebelum ini, iaitu kenaikan 50 peratus manakala petrol gred rendah 0.75 Riyal (AS$0.20) seliter berbanding 0.45 Riyal seliter iaitu peningkatan 67 peratus.
Harga petrol di Arab Saudi adalah yang termurah di negara Teluk dan terendah di dunia. – AFP
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger