Home » » FAMA Anjur Kempen ‘Jom Makan Ubi’

FAMA Anjur Kempen ‘Jom Makan Ubi’

Written By aku on Tuesday 5 January 2016 | 8:20 am


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggerakkan kempen ‘Jom Makan Ubi’ di Terengganu. 

Pengarah FAMA Negeri, Hasan Jusoh berkata, sebagai permulaan, pihaknya mengadakan promosi makan ubi di tapak Pasar Tani Jerteh, semalam.  

“Kempen ini julung kali diadakan minggu lepas di Pasar Tani Padang Hiliran Kuala Terengganu yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.  

Hasan berkata, FAMA menyediakan kira-kira 100 kilogram pelbagai jenis ubi untuk dinikmati secara percuma oleh pengunjung pasar tersebut.  

“Pihak FAMA juga menyediakan ruang-ruang perniagaan di pasar-pasar tani di negeri ini untuk membolehkan petani memasarkan ubi selepas ini,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger