Home » » Terengganu Bantu Pengusaha Vape Mulakan Perniagaan Baru

Terengganu Bantu Pengusaha Vape Mulakan Perniagaan Baru

Written By aku on Tuesday 5 January 2016 | 8:16 am


Tempoh enam bulan diberikan kepada pengusaha vape sebelum penjualannya diharamkan di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tempoh itu diberikan selepas perbincangan bersama 40 pengusaha rokok elektronik di Terengganu dengan wakil-wakil jabatan.

Disamping itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membantu pengusaha vape dalam memulakan perniagaan baru berasaskan kemampuan kerajaan.

“Keputusan ini adalah keputusan bersama dan tempoh enam bulan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pengusaha vape adalah untuk mereka menghabiskan stok barangan.

“Buat masa sekarang, kerajaan negeri sudah mengenal pasti 40 pengusaha vape dan bersetuju membantu mereka yang mempunyai cadangan untuk menukarkan bidang perniagaan mereka kepada bidang lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan menyuarat kerajaan negeri bersama pengusaha vape di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Mufti Negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk memberi keutamaan kepada pengusaha vape dalam mendapatkan tempat perniagaan baharu di satu premis yang akan mula dibina di Kuala Terengganu.

“Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang elektronik dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jadi ianya bersesuaian untuk memulakan perniagaan baharu dalam bidang tersebut.

“Tugas akan diberikan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan dan juga MAIDAM untuk melihat keadaan pengusaha vape dalam menyalurkan bantuan bagi memulakan perniagaan lain,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger