Fitnah Telah Berakar Umbi Begitu Lama Dalam PAS, Kata Pemuda Amanah
Written By aku on Monday, 25 January 2016 | 12:42 am
PAS membina kekuatan dan melemahkan parti lawan dengan cara yang sangat daif sejak sekian lama, kata Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohd Hasbie Muda.
Menurutnya, fitnah telah menjadi budaya dalam PAS walaupun parti itu diterajui oleh para ulama.
Mohd Hasbie yang juga penulis buku politik ‘Kemenangan Yang Tertangguh’ dan ‘PAS & Pilihan Raya’ mendedahkan, yang menjadi mangsa fitnah bukan sahaja pemimpin parti lawan malah pemimpin parti itu sendiri.
“Kita tanam benih perjuangan dengan cara yang salah, hasilnya sangat buruk seperti hari ini. Kita membina parti dengan fitnah, itulah yang berakar umbi dalam parti. Kita kena akaui itu silap kita.
“Saya masih ingat pada tahun 1982, kita membina kekuatan parti lama (PAS) dengan memfitnah Asri Muda (Bekas Presiden PAS). Nak lawan hujah dengan Asri Muda tidak boleh, Asri orang cerdik. Jadi, kita jatuhkan Asri Muda dengan fitnah. Isteri dia Sakinah Junid dituduh, menantu dia difitnah,” katanya semasa berceramah di Taman Murni Perdana, Paka, Dungun, Jumaat lalu.
Turut serta dalam ceramah itu Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Ketua Wanita Amanah Negara, Dr. Siti Mariah Mahmud; Pengerusi Amanah Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahi Wan Abdullah; ADUN Bandar yang juga Pengerusi PKR Negeri, Azan Ismail; Pengerusi DAP Negeri, Ng Chai Hing; Pengerusi Amanah Dungun, Zulkifli Ali dan bekas ADUN PAS Bukit Besi, Ustaz Roslan Ismail.
Labels:
Politik