Terengganu Taja Majlis Kahwin 240 Pasangan
Written By aku on Sunday, 24 January 2016 | 8:57 pm
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) memperuntukkan RM2 juta bagi membolehkan 240 pasangan di negeri ini mengadakan majlis perkahwinan secara percuma.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pahemi Yusof berkata, 30 pasangan yang memenuhi syarat bagi setiap daerah akan dipilih mengikuti Majlis Keluarga Generasi TTB-Perkahwinan Perdana.
Katanya, pasangan berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan layak menyertai majlis itu dan permohonan perlu dibuat melalui YPKT berdekatan mulai 1 Februari hingga 15 April.
“Syarat lain, pasangan atau salah seorang daripadanya mestilah rakyat Terengganu, berumur antara 18 hingga 30 tahun dan tidak pernah berkahwin.
“Mereka dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 sebagai syarat penyertaan dan wang itu akan dikembalikan dalam bentuk Simpanan Pendidikan Nasional sebaik selesai majlis,” katanya.
Menurutnya, pelbagai faedah lain termasuk pakej berbulan madu selama tiga hari dua malam di mana-mana hotel yang akan ditentukan kemudian dan pelbagai pakej perkahwinan.
“Lebih istimewa, setiap pasangan diberi keutamaan mendapatkan perumahan kerajaan dalam tempoh lima tahun usia perkahwinanan, selain layak memohon Skim Pinjaman Modal Perniagaa di bawah Pinjaman Jaya Diri maksima RM20,000,” katanya.
Muhammad Pehemi berkata majlis perkahwinan sevara beramai-ramai itu akan diadakan di masjid daerah masing-masing.
“Program seumpama itu wajar dimanfaat sepenuhnya, kerana pastinya dapat mengelak daripada berhutang, mengukukan hubungan intim antara suami isteri dan bijak menangani masalah berumahtangga,” katanya.
Labels:
Semasa