Home » » Jika Ada Kes Laporkan Kepada Saya - DS Idris Jusoh

Jika Ada Kes Laporkan Kepada Saya - DS Idris Jusoh

Written By aku on Thursday 14 January 2016 | 2:37 pm


KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

KEBAJIKAN PELAJAR

Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai pelajar universiti awam yang tiada duit untuk membeli makanan menyebabkan kemudaratan kesihatan.

Saya memahami bahawa ada pelajar yang malu ataupun tidak pasti di mana untuk mendapatkan bantuan. Ada juga yang menggunakan duit PTPTN untuk membantu keluarga.

Sehubungan itu, saya telah meminta Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) setiap Universiti Awam untuk meningkatkan usaha dalam mengenalpasti pelajar-pelajar ini dan membantu mereka, serta melaporkan status kebajikan pelajar kepada saya dalam masa terdekat.

Menjamin kebajikan adalah keutamaan Kementerian dan IPT-IPT sejak dulu lagi  dan sememangnya kesemua pihak telah mengambil beberapa tindakan untuk meringankan beban yang dihadapi termasuk:

1: Mewujudkan pembiayaan PTPTN, Kad Siswa, dll.

2: Mewujudkan Tabung Zakat/ Khairat fund/ Tabung Kebajikan.

3: Mengadakan program bantuan makanan percuma:
>>> food coupons
>>> pre paid meals
>>> agihan makanan percuma.
>>> Pay it forward (di mana pelajar membayar untuk 2 makanan tetapi hanya mengambil 1, dengan 1 lagi untuk diambil pelajar yang memerlukannya)

4: Mewujudkan peluang  pekerjaan dalam kampus dengan kadar RM3 hingga RM10/jam (seperti menjadi tutor / bekerja di kafe dll)

5: Bantuan pembiayaan yuran, pakaian & peralatan.

6: Mewujudkan AJK Kebajikan Pelajar.

7: Mewujudkan program pembangunan keusahawanan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menjana dana.

Usaha-usaha kebajikan pelajar dilaksanakan di pelbagai peringkat termasuk oleh Pejabat NC dan TNC, Kolej kediaman, Persatuan perwakilan pelajar, dan kelab-kelab kebajikan. Paling kurang pun pensyarah dan rakan sekelas saya percaya akan membantu sekiranya ada rakan mereka dalam kesusahan.

Usaha-usaha yang dinyatakan di atas tidak termasuk peluang untuk bekerja sambilan masa di luar kampus.

Untuk mengelakkan isu pelajar lapar, digalakkan supaya lebih banyak food coupons dan prepaid meals disediakan (seperti konsep "Pay it forward").

InshaAllah, melalui pengembelingan tenaga setiap pihak, kebajikan pelajar dapat dijamin.

Assalamualaikum WBT & Salam hormat,

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger