Home » » Kuala Besut Park Ubah Landskap Sungai Nail

Kuala Besut Park Ubah Landskap Sungai Nail

Written By aku on Thursday 14 January 2016 | 3:17 pm


Kuala Besut Park yang terletak di antara
Kampung Tengah dan Pekan Baru, Kuala
Besut bakal mengubah landskap
pembangunan di kawasan tersebut apabila ia
siap kelak pada 2018.
Berkeluasan 1.6 hektar, kawasan rekreasi itu
akan dilengkapi dengan sebuah dataran
terbuka serbaguna berbumbung, medan
makanan laut, menara tinjau dan unit
perkedaian berkonsepkan kedai dalam
taman.
Turut diwujudkan, taman permainan kanak-
kanak, persiaran pejalan kaki di tepi Sungai
Nail, kawasan hijau serta beberapa lagi
komponen yang mesra alam.
Dengan kos RM20 juta, ianya bakal dijadikan
sebagai salah satu lokasi pelancongan terbaru
yang membawa keunikan di dalam Kuala
Besut.

ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku
Abd Rahman berkata, Kuala Besut Park juga
dijadikan sebagai satu lagi lokasi bagi
kegiatan ekonomi di kawasan tersebut
khususnya ketika pasar tani pada setiap Isnin
dan Jumaat.
“Pembinaannya yang akan bermula awal
tahun ini selaras dengan kerja-kerja
pengindahan Sungai Nail oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran bagi mewujudkan
suasana damai dan tenang,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger