Home » » Kementerian Pendidikan Perkenal Makmal Sains Modular

Kementerian Pendidikan Perkenal Makmal Sains Modular

Written By aku on Monday 11 January 2016 | 6:42 am


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan bergabung tenaga memperkenalkan makmal sains mudah alih untuk kegunaan pelajar sekolah menengah seluruh negara.


Makmal berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai kemudahan termasuk pembelajaran selain sesuai untuk dijadikan meja mesyuarat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan makmal berharga RM150,000 dan mampu disiapkan dalam tempoh tiga minggu berbanding sebelum ini kos asal RM300,000.

Katanya, ketika ini tujuh makmal seumpa itu sudah diubah suai dan naik taraf iaitu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Sungai Bertih, Klang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil, Selangor, SMKA Nurul Itifaq,Kuala Besut, SMK Tengku Mahmud 2, Besut, SMA Wataniah Besut, SMK Pelagat, Jertih dan SMK Wakuba, Tawau, Sabah.

“Kerajaan merancang untuk membina 502 lagi makmal konsep baru itu di sekolah menegah seluruh negara secara berperingkat-peringkat,” katanya selepas penyerahan makmal itu di Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2, Jertih, hari ini.

Beliau berkata, KPT menubuhkan pasukan khas dikenali NBOS-PILS Julai tahun lalu bertujuan menangani isu fizikal sekolah termasuk keperluan makmal sains yang lebih sesuai untuk kegunaan pelajar di sekolah menengah.

Beliau berkata, projek makmal yang diubah suai itu jika berjaya dilaksanakan di sekolah terpilih ia akan diperluaskan ke sekolah lain mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger