Home » » Saran JKKK Tubuh Combi, Banteras Wabak Denggi

Saran JKKK Tubuh Combi, Banteras Wabak Denggi

Written By aku on Monday 11 January 2016 | 6:55 am


Kerajaan negeri mengingatkan setiap Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri ini menggerakkan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dalam usaha menangani masalah demam denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata pihaknya menyasarkan satu Combi bagi satu JKKK dalam usaha membanteras penularan wabak denggi yang dikatakan semakin serius terutama di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Katanya, sebanyak 83 JKKK daripada keseluruhan jawaatankuasa itu di negeri ini sudah mewujudkan COMBI dan 19 daripada jumlah itu membabitkan JKKK sekitar Kuala Terengganu.

“Kerajaan serius mahu menangani wabak denggi kerana tidak mahu lebih ramai penduduk yang akan menjadi mangsa.

“Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT ) dalam tempoh sepuluh hari tahun ini, sebanyak 108 kes dan dua daripadanya meninggal dunia. Jumlah itu diloporkan paling tinggi sejak 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga arwah Anisah Mustafa, 49, di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu, hari ini,  mangsa terbaru akibat demam denggi yang meninggal dunia kira-kira jam 10.20 pagi semalam.

Muhammad Pehemi memberitahu, penduduk terutama kawasan yang dikenalpasti berwabak perlu berkerjasama bergotong royong membersihkan kawasan masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu.Buang sikap mementingkan diri sendiri, memikirkan pangkat dan juga fahaman politik.

“Kita bimbang situasi ini akan berlarutan dengan perubahan cuaca hujan diselangi panas, sekiranya terus mengambil sikap berdiam diri,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger