Home » » Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai

Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai

Written By aku on Tuesday 26 January 2016 | 11:40 pm


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan yang disyaki pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pasukan pakar dari Malaysia mengesahkan nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt tidak sepadan dengan pesawat jenis boeing 777.

Tambahnya, terdapat beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan itu juga tidak tersenarai dalam manual katalog ilustrasi bahagian MAS B-777.

Pasukan pakar membabitkan tiga agensi termasuk kementeriannya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa serpihan itu bukan milik B777 9M-MRO pesawat MH370.

Panel logam yang terdampar di pantai Thailand lebih mirip kepada bahagian daripada roket, dan bukannya pesawat, kata syarikat pengeluar Jepun pada Isnin.

syarikat Mitsubishi Heavy Industries dari Jepun yang menyatakan nombor siri pada serpihan panel yang ditemui itu menunjukkan ia berkemungkinan berasal daripada salah sebuah roketnya.

 “Walaupun kami tidak dapat mengsahkan sepenuhnya, kami prasakan ia merupakan bahagian daripada roket H-IIA atau H-IIB,” kata jurucakap Mitsubishi Heavy Industries, Sayo Suwashita. Roket-roket tersebut lazimnya bertindak sebagai pelancar satelit ke angkasa. Firma Jepun itu membuat rumusan tersebut selepas mengambil kira bentuk dan nombor siri yang terdapat pada permukaannya. Kementerian Pengangkutan turut melahirkan  terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand kerana tindakan pantas serta sokongan mereka dalam proses mengenalpasti itu.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger