Baru Habis Drama RM2.6b, Najib Ditujah FT Pula
Written By aku on Wednesday, 3 February 2016 | 3:22 pm
KUALA LUMPUR: Baru sahaja berakhir tuduhan berkaitan derma RM2.6 bilion, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini dihimpit dengan serangan terbaru oleh media antarabangsa berkaitan kepimpinannnya meneraju Malaysia.
Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara, Datuk Ahmad Rasidi Harzizi membidas laporan Financial Times (FT) melabelkan kepimpinan Najib sebagai 'bencana' dalam terbitannya baru-baru ini.
"Ramai rakyat Malaysia tidak faham dengan serangan terbaru akhbar anda terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan menuduh kepimpinannya di Malaysia sebagai suatu bencana.
"Perkara ini tidak benar, perubahan besar dapat dilihat sejak Perdana Menteri menjawat jawatannya pada 2009," katanya.
Jelas Ahmad Rasidi, laporan FT menuduh Najib telah merosakkan nama baik negara menerusi artikelnya pada 28 Januari lalu secara langsung merosakkan reputasi Perdana Menteri itu.
Katanya, secara realiti, kepimpinan Najib sebanarnya bertentangan dengan tuduhan tersebut.
"Sebagai conotoh: Pendapatan Negara Kasar meningkat 47.7 peratus, 1.8 juta pekerjaan dicipta, dan pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak terbentuknya Program Transformasi Ekonomi pada 2010.
"Pengangguran berkurang kepada bawah 3 peratus - dari 3.7 peratus pada 2009 dan kadar kemiskinan Malaysia berkurang lebih separuh.
"Diperingkat antarabangsa, hubungan dengan China dan Amerika semakin baik, sementara Presiden Barrack Obama menyatakan suara Malaysia sebagai kritikal dalam perdebatan memerangi keganasan antarabangsa," ujarnya.
Sebagai kesimpulan kata Ahmad Rosidi, tuduhan akhabr harian dari UK meaelkan kepimpinan Najib sebagai bencana sememangnya tidak benar.
"Saya tahu, tanggapan FT adalah tinggi, tetapi dengan kesmua fakta kejayaan membuatkannya (Najib) sebagai pemimpin 'bencana', kami tertanya bagaimana pula pemimpin berjaya bagi anda," katanya lagi.
Labels:
Politik