Home » » Cedera ditembak angkara dendam

Cedera ditembak angkara dendam

Written By aku on Saturday, 6 February 2016 | 3:31 pm


KOTA BHARU - Angkara dendam seorang lelaki cedera di pinggang ‎selepas terkena tembakan yang dilepaskan lelaki bermotosikal dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Mangsa ‎berusia 24 tahun membonceng motosikal yang ditunggang adiknya berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Pauh Lima ke Bukit Temalong, Bachok.

Secara tiba-tiba muncul dua lelaki dengan sebuah motosikal dan salah seorangnya melepaskan tembakan dan terkena di bahagian belakang mangsa.

Suspek kemudiannya melarikan diri.

Ekoran kecederaan dialami abangnya, adik mangsa terus membawa abangnya ke klinik Gunong, Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, ‎suspek dipercayai melepaskan dua das tembakan dan satu tembakan tersasar.

"Dipercayai suspek menggunakan peluru penabur buatan sendiri dan tembakan terkena bahagian pinggang.

"Kita siasat kes di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Taufek berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat dendam berkaitan penglibatan dadah.‎
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger