Home » » Kenal pasti 21 lokasi nahas

Kenal pasti 21 lokasi nahas

Written By aku on Friday 5 February 2016 | 10:22 pm


Marang: Sebanyak 21 kawasan di Terengganu termasuk empat di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dikenal pasti sebagai lokasi panas berikutan kekerapan kemalangan jalan raya.
Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, kawasan itu masing-masing dua di Kuala Terengganu, Besut (tiga), Dungun (dua), Kemaman (enam termasuk tiga di LPT2), Setiu (empat), Marang (tiga) dan Hulu Terengganu (satu di LPT2).
MUHAMMAD Pehimi memakaikan jaket keselamatan kepada penunggang motosikal.

Menurutnya, berdasarkan statistik sepanjang Op Selamat ketika Tahun Baru Cina sebelum ini, 10,320 kemalangan dilaporkan pada 2014 berbanding 10,211 kes pada 2015.
“Walaupun ada penurunan jumlah kemalangan tetapi wujud peningkatan kes kemalangan maut iaitu 295 kes pada 2015 berbanding 272 kes pada tahun sebelum itu.
“Dengan adanya operasi ini, kita harap kes kemalangan dapat dikurangkan kerana jumlah kenderaan dijangka meningkat kepada 40,000 kenderaan sehari berbanding 25,000 kenderaan pada hari biasa.
“Kita jangkakan 500,000 kenderaan akan menggunakan jalan di negeri ini termasuk LPT2 dan orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2016 dan Op Selamat 8/2016 Peringkat Terengganu di Kilometer 23 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kelulut, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112635#sthash.rbRXhBKL.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger