Home » » Gempa Bumi : Tiada Kerosakan Struktur Empangan Kenyir

Gempa Bumi : Tiada Kerosakan Struktur Empangan Kenyir

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 3:23 pm


Tiada keretakan struktur binaan Empangan Kenyir atau Stesen Kuala Sultan Mahmud berikutan gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala richter dikesan di Tasik Kenyir, malam tadi.

Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang, iaitu kira-kira 7 kilometer dari empangan berkenaan.

Perkara itu disahkan pihak Tenaga Nasional Berhad yang mengendalikan empangan hidroelektrik itu sejak beroperasi tahun 1987 kepada teganukita, hari ini.

Sebelum ini katanya, gempa bumi lemah pernah berlaku di Tasik kenyir.

“Yang pertama pada 1980, magnitud 4.6 pada skala ricther sewaktu proses pengisian air empangan tersebut dan kedua pada 2010 dengan magnitud 2.6 skala ricther,” katanya.

Selain itu, sejarah gempa bumi yang berlaku di tasik itu mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian pembinaan empangan 35 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar atau garisan gempa bumi Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gegaran turut dirasai di Kuala Berang.

Menurut kenyataan itu, agensi berkenaan sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger