Home » » Gempa lemah di Tasik Kenyir, gegaran dirasai di Kuala Berang

Gempa lemah di Tasik Kenyir, gegaran dirasai di Kuala Berang

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 1:15 am


KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gegaran boleh dirasai di Kuala Berang. Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang. Mengikut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/127441
UNTUK UPDATED BERITA TERKINI SILA LIKE FAN PAGE BESUT GEGER DI SINI  >> https://www.facebook.com/besutgeger05/
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger