Home » » PKR Tanding 14 Kerusi Di Terengganu

PKR Tanding 14 Kerusi Di Terengganu

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 10:58 am


Pakatan Harapan akan meletak calon di semua 32 kerusi DUN dan 8 Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama tiga parti gabungan Harapan Rakyat di negeri itu iaitu PKR, DAP dan Amanah.

“Kita telah berbincang lebih awal agar tiada pertindihan berlaku dalam meletakkan calon pilihan raya di satu-satu kerusi.

“Kita belajar dari sejarah pilihan raya lalu di Terengganu. PKR dah letak calon, mari kawan kita dia letak juga calon. Pengundi tengok pakatan yang tidak berpakat,” katanya selepas Majlis Perasmian Pejabat Pakatan Harapan Dungun yang disempurnakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Jalan Balai Besar, Dungun malam tadi.

Sementara itu, Azan memberitahu, PKR akan bertanding di 14 kerusi di Terengganu pada PRU14.

“Setakat ini 14 kerusi kita sasarkan dan mungkin lebih, bergantung kepada keputusan bersama parti gabungan dalam Pakatan Harapan. Kita target 57 peratus undi popular di Terengganu.

“Setelah mengambil kira iklim politik semasa, penolakan secara total golongan pengundi baru terhadap UMNO dan Barisan Nasional, kita yakin ia dapat dicapai,” katanya.

Mengenai kedudukan beliau sebagai ADUN Bandar, Azan menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan samada beliau bertanding atau tidak.

“Apa-apa keputusan, parti yang tentukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menolak desas-desus yang mengatakan Mohamad Sabu akan bertanding di Terengganu pada PRU14.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger