Home » » Jambatan Pemberian siap awal 10 hari

Jambatan Pemberian siap awal 10 hari

Written By aku on Sunday, 14 February 2016 | 2:55 pm


KUALA KRAI - Jambatan Kampung Pemberian yang dibaiki pertengahan bulan lalu selepas runtuh akibat dirempuh kayu dan balak siap 10 hari lebih awal daripada jangkaan sebenar.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mat Zin berkata, kerja pembinaan dilakukan 24 jam menyebabkan jambatan runtuh sejauh 61 meter itu berjaya disiapkan lebih awal.

“ATM berterima kasih kepada Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Sri Mustapa Mohamed yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.

“Sebelum jambatan ini siap dibaiki, jet float terlebih dahulu dibina untuk kemudahan penduduk,” katanya selepas majlis penyerahan jambatan pemberian yang siap dibaiki, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Datuk Makhtar Mustapa, dan Adun Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Zulkifeli berkata, penduduk menggunakan jet float selama 21 hari sementara menunggu jambatan berkenaan siap dibaik pulih sepenuhnya.

Seramai 90 ATM terlibat dalam kerja baik pulih Jambatan Pemberian terdiri daripada 40 jurutera dan 50 lagi terlibat dalam aspek keselamatan.

Sementara itu, Mustapa berkata, jambatan ini akan digunakan penduduk kurang dua tahun sebelum jambatan kekal siap dibina.

Menurutnya, jambatan yang dibaiki dengan kos RM300,000 ini menjadi penghubung sementara penduduk.

“Jambatan kekal menelan belanja sekitar RM30 juta dijangka dibina akhir tahun ini. Paling awal pada Oktober ini,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger