Home » » Jawatan Muhyiddin digantung serta-merta

Jawatan Muhyiddin digantung serta-merta

Written By aku on Friday 26 February 2016 | 8:30 pm


KUALA LUMPUR -  Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

"Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

"Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger