Home » » Mayat reput di Pantai Baru Merang

Mayat reput di Pantai Baru Merang

Written By aku on Sunday 28 February 2016 | 10:58 pm


PERMAISURI: Orang awam yang mengunjungi Pantai Baru Merang, di sini, petang tadi, gempar apabila menemui mayat reput dipercayai lelaki. Mayat itu ditemui kira-kira jam 5.20 petang oleh orang awam di belakang sebuah resort di kawasan pantai berkenaan. Sumber Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, berkata mayat itu ditemui dalam jarak 100 meter dari resort berkenaan. "Siasatan awal mendapati mayat itu dipercayai sudah lebih dua bulan dan disyaki seorang lelaki dengan ketinggian dianggarkan 5.5 inci (162.5 sentimeter). "Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129050
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger