Home » » Puteri UMNO Terengganu kerah 500 sukarelawan bantu perangi denggi

Puteri UMNO Terengganu kerah 500 sukarelawan bantu perangi denggi

Written By aku on Monday 1 February 2016 | 8:40 pm


Puteri UMNO Terengganu kerah 500 sukarelawan bantu perangi wabak denggi

Pergerakan Puteri UMNO Terengganu telah mengerahkan 500 skuad sukarelawan di seluruh negeri dalam menggempur wabak demam denggi yang semakin meningkat sejak akhir – akhir ini.

Ketuanya, Puan Rozita Ismail berkata skuad ini akan turun padang menyertai program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan terlibat secara langsung setiap dalam aktiviti yang dianjurkan.

Pelbagai inisiatif daripada pihak kerajaan negeri telah dibuat untuk membasmi nyamuk aedes terutamanya di kawasan – kawasan yang mencatat jumlah pesakit demam denggi yang tinggi seperti Kuala Terengganu dan Besut.

Dengan adanya program seumpana ini,  ia secara tidak langsung mampu memupuk budaya mementingkan kebersihan dalam kalangan belia dan juga komuniti setempat dalam kehidupan seharian.

Beliau turut menyeru orang ramai menjaga persekitaran di setiap kediaman masing-masing seperti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dalam usaha mengekang gejala tersebut daripada terus menular di negeri ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger