Home » » SUZUKI JIMMY DI BAWA LARI

SUZUKI JIMMY DI BAWA LARI

Written By aku on Wednesday, 2 March 2016 | 1:58 pm



KAMPUNG TOK HAS - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Hulu Besut, rugi kira-kira RM23,000 apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Suzuki Jimny yang diletak di pekarangan rumahnya dilarikan pencuri, pagi kelmarin.

Mangsa, Norzawawi Ali, 47, berkata, dia menyedari kenderaan terpakai yang baharu dibeli awal tahun ini hilang ketika bangun solat Subuh kira-kira jam 5.45 pagi.

Menurutnya, dia meletakkan kenderaan itu di bawah anjung rumah bersebelahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang lain di tepi rumahnya.

“Kali terakhir saya melihat jip tersebut kira-kira jam 2 pagi selepas saya memastikan kenderaan tersebut dikunci sebelum saya masuk tidur,” katanya.

Norzawawi berkata lagi, sejumlah pinggang mangkuk dan kertas ujian milik pelajarnya bagi mata pelajaran Sains Sukan dan Sejarah yang berada dalam kenderaan tersebut turut dilarikan.

Menurutnya, pinggang mangkuk tersebut dipinjam daripada rakannya untuk digunakan bagi majlis perpisahan seorang guru di sekolahnya, semalam.

Beliau mengesyaki kenderaannya dilarikan menjelang waktu Subuh memandangkan kesan tayar masih baharu pada lantai anjung rumah tersebut.

“Saya hairan bagaimana pencuri terbabit melarikan kenderaan saya, tak ada sebarang kesan pecah kenderaan malah saya turut mengunci kenderaan saya dengan kunci tambahan yang kukuh," katanya.

Menurut Norzawawi, kejadian itu adalah kali pertama dialaminya dan rumahnya yang tidak berpagar memudahkan pencuri masuk dan melarikan kenderaan.

Bagaimanapun, sekeliling rumah mangsa terdapat banyak rumah, sementara keadaan sekitar diterangi lampu jalan.

Susulan kejadian, Norzawawi membuat laporan polis di Balai Polis Jertih, petang semalam.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger