Home » » Enam kediaman, dua rumah kedai musnah

Enam kediaman, dua rumah kedai musnah

Written By aku on Friday 4 August 2017 | 1:37 am


HULU BESUT - Sebanyak enam buah rumah termasuk dua rumah kedai di sekitar Kampung Batu 13 rosak manakala lebih lima batang pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat dekat sini malam semalam.

Kampung tersebut satu-satunya  kawasan paling teruk terjejas di Hulu Besut akibat kejadian ribut yang bermula kira-kira jam 8.40 malam itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 13, Amran Mustafa berkata, kejadian itu dianggap paling buruk dalam sejarah kampung itu memandangkan belum pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, angin kencang berlaku berserta hujan lebat dan petir menyebabkan sekurang-kurangnya lebih lima pokok termasuk bersaiz kayu balak tumbang serentak di atas jalan raya utama menghubung Jertih ke Keruak di sepanjang jalan kampung berkenaan menyebabkan pengguna jalan raya terkandas.

“Kejadian puting beliung ini agak pelik kerana ia berlaku sebanyak dua kali  bermula di sebelah kiri dan kanan jalan dari arah Jertih ke Keruak.

“Pada peringkat awalnya pusaran angin di sebelah kiri jalan bermula dari simpang ke Lata Tembakah ke arah Keruak menyebabkan banyak pokok tumbang merintangi jalan.

“Sebaik puting beliung itu  sampai di Simpang 3, Kampung Batu 13, ia berpatah balik semula dan melanda deretan rumah di sebelah kanan jalan pula,” katanya.             
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger