Home » » KENYATAAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI DIPUTAR BELIT, SIAPA SHAKIRA BUANG?

KENYATAAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI DIPUTAR BELIT, SIAPA SHAKIRA BUANG?

Written By aku on Friday, 15 January 2016 | 1:00 pm

 
Shakira Buang mungkin merupakan satu nama yang tidak kenali tetapi, selepas laporan portal MalaysiaKini yang dikarangnya telah menimbulkan satu persepsi buruk terhadap institusi yang menguruskan hal ehwal pengajian tinggi di Malaysia.

Bercerita mengenai laporan MalaysiaKini, bukan julung kalinya kita dihidangkan dengan "headline" yang berbaur fitnah ini. Kalau dikumpulkan mungkin mencecah angka ratusan bermula daripada penubuhan portal MalaysiaKini.

Bagi Shakira Buang, fitnah dan persepsi itu mungkin sudah menjadi sebati untuk dirinya selaku wartawan portal yang pro pembangkang. Namun, apakan daya demi sesuap nasi Shakira Buang sanggup melakukannya agar dapat menyara dirinya.

Namun bercakap mengenai isu yang sedang dihadapi oleh DS Idris Jusoh ini bukanlah yang pertama kali terhadap ahli kabinet kita. Jika dikumpulkan daripada setiap menteri dan bekas menteri seperti Datuk Hasan Malek, Datuk Ahmad Maslan dan sebagainya malah, DS Najib juga tidak terlepas daripada fitnah MalaysiaKini.
Mungkin sebelum keluarnya Dajjal pada hari kiamat kita sudah mampu bercerita mengenai azab fitnah yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini. Namun, hairan apabila portal akhbar yang memecah belah keharmonian masyarakat Malaysia ini masih dijadikan bahan dan sumber bagi sesetengah untuk dijadikan modal politiknya.

Semoga Shakira Buang sempat diberi masa untuk menginsafi dan bertaubat atas kelakuannya yang tercela.




Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger